Tuesday, March 31, 2009

Petua Mewujudkan Rumah Tangga Bahagia

Mewujudkan suasana bahagia dalam sesebuah rumahtangga menjadi impian pasangan suami isteri. Ia boleh dicapai apabila semua ahli keluarga bekerjasama menuju kearah itu.
Individu yang memain peranan penting dalam menjamin kebahagian keluarga ialah lelaki yang memegang peranan seorang suami yang penyayang dan ayah yang pengasih.
Untuk menjamin kebahagian keluarga, sesorg ayah perlu bijak memikul tanggungjawabnya terhadap isteri dan anak. Ayah perlu melayani anak dengan penuh kasih sayang. Pupuk rasa kasih sayang sesama anak,tepati jani terhadap anak dan juga perlu menghormati anak jika mahukan anak menghormati dengan mendengar kata ibubapa.
Dalam mewujudkan perhubungan harmoni dengan isteri pula, Datuk Dr Fazilah ada memberi beberapa petua untuk menambat hati isteri, antaranya:
Beribadat bersama
Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum melakukan kerja lain.
Tunjukkan keperihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari
Jangan tergesa-gesa untuk menyelesaikan masalah isteri. apa yang lebih penting adalah simpati.
Beri masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.
Tolong masak atau makan diluar sekali skala
Beri pujian mengenai penampilan isteri-rambut,wajah dan pakaian
Apabila lambat pulang, beritahu lebih awal atau talipon di rumah
Apabila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya, meletakkan surat khabar atau tutup televisyen
Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan
Beritahu apabila ingin berehat atau tidur
Peluk isteri dengan penuh kasih sayang empat kali sehari
Tolong teman isteri apabila beliau melakukan kerja sendirian pada waktu malam seperti melipat baju, gosok baju dan menjahit
Sebenarnya ada banyak cara untuk mewujudkan rumah sebagai syurga dunia yang dihuni oleh satu keluarga yang tenang dan harmoni, antaranya:
suami isteri perlu mengetahui tanggungjawab masing-masing dan belajar menerima kelemahan masing-masing
perlu menerima dengan hati terbuka dan berusaha mengatasi dengan baik pelbagai masalah yang timbul
suami perlu belajar mengucapkan kata maaf atau memeluk dan mengucup dahi isteri sebagai tanda minta maaf apabila melakukan kesalahan
isteri perlu menerima maaf suami yang ada kala tidak diucap tetapi cukup dengan perbuatan saja
suami perlu bijak memujuk isteri menggunakan psikologi dan membeli hadiah walaupun murah

0 comments:

Post a Comment