Tuesday, March 31, 2009

Pesan Roh kepada Manusia

Apabila roh
keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di
langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat
dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku
minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan
sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".
Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang
yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas.
Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar
apabila terlepasnya roh dari tubuh".
Apabila dimandikan, roh sekali
lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau
menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh"
. Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia
pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat
serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak,
isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai
Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu
ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan
isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah
menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada
hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali
kepada mereka buat selama-lamanya" . Sesudah mayat diletakkan
pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan
mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara
buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah
sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: " Wahai
Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya
dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika
ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan
apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak
mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab
aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak
mahu mendoakan aku".
Adasatu riwayat drp Abi Qalabah
mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar
dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun
ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah
dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya
kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab:
"Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk
drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang
tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".
Setelah mendengar jawapan mayat
itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya
dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka.
Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah
akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas
itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali
ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada
matahari.
Baginda Rasullullah S.A.W berkata:

Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan
malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik
rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah
itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut
hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu
kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga
sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi
satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai
ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
Sambung Rasullullah S.A.W.
lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail
A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang
nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman
itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya.
Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya
kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik,
maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang
nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang
itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu
takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahawa apabila
Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah
malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu
dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan
berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan
ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah
S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun
kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah
orang mukmin itu.
Lalu Allah S.W.T. berfirman
yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah
lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka
malaikat maut pun cubamencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi
keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala
anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada
jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah
mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan
ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk
mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cubapula
dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki
berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa
berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini
juga berjalan enghadiri majlis-majl! i! s ilmu." Apabila gagal malaikat
maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba
pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka
telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana
telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali
malaikat maut cubamencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja
hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu
dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab
dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal
maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman
yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu
dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat
perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan
AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah da! n cintanya kepada AllahS.W.T
maka keluarl! ah roh tersebut dari arah m ulut dengan tenang.
Abu Bakar R.A. telah ditanya
tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu
Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan
menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju
ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia
menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan
seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa
akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari
kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang
beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir
akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga
sampai hari Kiamat."
Telah bersabda Rasullullah
S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat
pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati
syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan
solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari
Arafah.
Sekian untuk ingatan kita bersama.

0 comments:

Post a Comment