Tuesday, March 31, 2009

KITA SOLAT, TAPI...

KITA SOLAT......tapi sebelum kita solat kita jarang menatap wajah di cermin terlebih dahulu. Mana tahu kot-kot ada rambut yang terkeluar ke tak..
KITA SOLAT tapi kita selalu buat don't know ajer pasal kiter punyer kain telekung. Kadang-kadang kain telekung yang kita gunakan tu sgt jarang dan menampakkan aurat kita. Bila kita sembahyang, nampak tengkuk dah 2 tiang kaki kita. Malas rasanya nak pakai dua lapis pakaian sbb panas sangat..
KITA SOLAT tapi pakaian yang kita bawa dalam solat adalah pakaian yang kita bawa ke sana ke mari, ke kuliah, ke dining laa dan kemerata tempat. Malasnya nak tanggal pakaian tu untuk bersolat. Last2 pakai ajelah...Tak tau la masa buang air tadi ada ke tak najis yang terpercik pada pakaian kita tu. Kalau tak buang air pun kita mungkin ada pergi ke tandas dan tanpa kita sedari kain yang kita pakai itu terseret ke lantai yang dah bernajis.
KITA SOLAT tapi kita jarang sekali ambil tahu sama ader benda2 yang kita pakai kat badan kota ader alkohol( tak sah dibawa dalam solat ) ataupun minyak ( menghalang air sampai ke anggota wudhu') ke tak, kita gunakan foundation, lotion, minyak wangi, macam-macam lagi begitu ajer tanpa ambil tahu kandungan nya...
KITA SOLAT tapi telekung yang kita pakai tu dah berbulan-bulan tak dibasuh. Abis berkulat dibuatnya dah baunya toksah nak kata...orang sebelah pun tak khusyu' nak sembahyang...
KITA SOLAT tapi wudhu' yang kita ambil untuk solat gitu2 ajer. Kita main terus jirus jer air asalkan nampak basah. Kalau cuci muka tue kadang-kadang tu kat bawah dagu pun tak basah. Anak telinga pun sama. Tak tau la sama ada sempurna ker tak wudhu yang kita ambil tu...
KITA SOLAT tapi kita tak pernak ambil tahu aper makne semua bacaan dalam solat. Kita tak hayati pun maknanya sampaikan kita solat pun asyik fikirkan benda lain. Hati kita tak hadir pun dalam solat kita tue...
KITA SOLAT tapi kita tak pernah kaji balik sama ader bacaan solat kita tue betul ker tak. Kita main taram jer. Kadang2 bila solat berjemaah baru perasan yang bacaan kita ada yang salah, tapi kadang itu walaupun dah tau tapi takder pulak usaha nak memperbaikinya..
SEMUA NIE...nampak berat untuk kita ubah, tp percayalah kalau kita memperbaikinya dan amalkannya setiap hari, Isya Allah....kita akan biasa jugak akhirnya. Jangan kita melakukan sesuatu yang sia2. Kita kene pastikan agar solat kita lakukan setiap hari tu sempurna dgn memelihara segala rukun dah syarat2nya. Jangan pandang remeh semua perkara diatas sebaliknya sama-samalah kita muhasabah diri sama ada kita juga turut sama melakukan perkara2 yang dinyatakan itu..jika ya cubalah perbaikinya supaya kita tidak tergolong dalam golongan orang yang melakukan amalan yang sia-sia.
Ingat bahawa solat itu tiang agama. Kalau kita tidak solat maknanya kita meruntuhkan agama kita. Samalah ibarat sebuah rumah, kalau kita meruntuhkan tiangnya, maka runtuhlah keseluruhan rumah itu.
coretan ikhalas buat semua...

0 comments:

Post a Comment