Tuesday, March 31, 2009

Apa itu ikhlas..

BISMILLAAHIRRAHMAAN IRRAHIIMASSALAMMUALAIKUM W.R.W.B. "Ikhlas adalah paling tinggi selepas iman. Ia adalahrahsia Tuhan hinggakan para malaikat pun tidak tahudan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya. Iaadalah penentu samada amalan diterima atau ditolak.Ada para sahabat apabila mendengar tentang ikhlasmenangis mereka. Mereka merasa tidak selamat, rasanyatidak mungkin dapat perolehinya yang begitu tingginilainya kerana susahnya mendapat sifat ikhlas.Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas.Siapa yang mengaku ikhlas walaudpun sebelum iniikhlas, otomatik, ikhlasnya terbatal.Contoh-contoh bagaimana yang dikatakan mengaku ikhlas:Membantu seseorang sambil berkata,"Ambillah, sayaikhlas..."Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak. "Sayatolong awak ini ikhlas, tapi sedih, awak menolak.."Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengantandatangan, "Yang ikhlas" "Yang Benar."Dalam Islam, mengaku baik adalah salah. Siapa yangmengaku ikhlas, siang-siang lagi terbatal. Tiada siapayang mengetahui siapa yang ikhlas sekalipun yangempunya diri. Tiada siapa yang berhak mengaku ikhlas,Cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-mogaditerima Allah.
ERTI IKHLASMurni, bersih, jenis dia sahaja, tidak bercampurjenis-jenis yang lain. Tidak dinodai seperti air yangtidak bercampur dengan sabun, tepung, sebab apabilasudah bercampur dengan benda lain, sudah tidak khalislagi (tidak pure).Begitulah dalam beramal, solat, zakat, bacaQuran, mengajar, berdakwah, menolong, motivasi, forum,ceramah, belajar, semata-mata kerana Allah:1. kerana suruhanNya2. kerana keredhoaanNya3. kerana arahanNya4. kerana mentaatiNya5. kerana patuh padaNya
Jadi perkara di atas adalah dari sebab ataukerananya yang satu, tujuan satu, dan didorong olehyang satu iaitu ALLAH. Abdikan diri kerana Allah,tidak dicampur atau bercampur selain Allah - itulahikhlas - dorongannya satu. Apa yang nak berlaku ataunak jadi atau tidak jadi, tidak timbul sama sekalisebab niat semata-mata kerana Allah.
Sekiranya niat, dorongannya telah tercampur atauterselit niat-niat yang lain dari Allah seperti keranariak, megah, glamor, pangkat, orang minta, takut orangtidak suka, mental exercise, boring tinggal di rumah,undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala,hadiah, kerana kawan - maka ia tidak khalis atauikhlas telah ternoda. Dengan itu boleh jatuh syirikkhafi. Di akhirat nanti Allah menyuruh dia memintapada orang yang dia niat kerananya. Allah tidak balaskebaikan itu kerana ia mempunyai "kerana-kerana" yangselain dari "kerana Allah".Untuk ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutamayang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramaiyakni yang terdedah kepada pandangan umum seperti:berdakwah, mengajar, gotong-royong, baca Al-Quran didepan orang, forum, upacara memberi hadiah -lebih-lebih lagi orang yang tidak memikirkan hati laluhati dibiar dan terbiar. Jarang diambil kira,selalunya ramai yang terjebak.
Khususul Nafs - kepentingan diri seperti inginpopular, disedari atau tidak kerana kurang menyuluhhati. Awal-awal lagi nawaitu telah rosakseperti membuat rumah di atas lumpur.Ada tiga jenis kerosakan yang berlaku pada 3 jeniskedudukan:1. awal2. pertengahan3. akhir
Kerosakan awalContohnya seperti berdakwah. Sebelum memberi ceramah,hati kecilnya berkata,"Inilah masanya nak jadipopular." "Aku akan jadi terkenal..." "Dengan ceramahini dapatlah duit poket." Ada juga yang berniat untukmenghentam seseorang atau golongan tertentu sebelumberceramah, akibatnya rosaklah ikhlasnya ibarat orangyang melukis di atas air.
Kerosakan pertengahanNiat untuk berceramah sudah baik te! tapi sewaktuberceramah, ada pendengar yang angguk-angguk atau adayang menangis kerana mendengar ceramah yang memberikesan itu hingga hati kecil kita berkata,"Hebat jugaaku hingga ada orang boleh terima ceramah ini dan adapula yang menangis."
Kerosakan akhirNiat dan sewaktu berceramah tidak ada apa-apa yangrosak, berjalan dengan baik tetapi sewaktu balik dariberceramah ada kawan yang datang bersama di dalamkereta berkata,"Hebat betul ceramah ustaz tadi hinggaada yang menangis." Waktu itu maka datanglah rasa ujubhingga lupa ia semua itu datang dari Allah jua.Sepatutnya ia merasa malu kerana ini semua bukan daridirinya tetapi hakikatnya dari Allah. Orang begituibarat membangunkan rumah tiba-tiba siap sahaja rumahitu terus runtuh.
Orang ramai tidak juga berubah sebab hati sudah cacat.Orang ramai memuji kita, tetapi tetap tidak berubahsebab dari rasa riak. Sifat taqwa sudah ternafi. Olehitu buatlah kerja-kerja dengan penuh tawadhu, takutdan cema! s samada diterima amalan kita atau ditolak."Sesungguhnya Allah tidak melihat amalan lahir kamu,tapi amalan hati kamu."Apabila kita melakukan sesuatu niat kerana Allahsemata-mata, tetapi ada orang mengkritik kita, kitamelenting, hati tidak senang dengan orang itu,bermakna kita masih mempunyai niat lain selain dariAllah.Dalam menghadapi keadaan dimana susahnya untukmendapat ikhlas ini, kita berdoalah pada Allah dengandoa yang berikut:Wahai Tuhan, rasanya kami belum berbuat apa-apasebelum ini. Kalaupun ada berbuat sudah tentu adakepentingan diri. Kalaulah bukan pimpinan dan bantuanMu Tuhan, rasanya sebarang amalan kami mungkintertolak semuanya. Berilah selalu hidayah dan taufiqMu, ya Allah agar segala lahir dan batin menujukeredhoaan Mu, ya AllahIkhlas umpama semut hitam berada di atas batu hitamdimalam yang gelap. tiada siapa pun yang tahu tentangikhlas kecuali Allah. Ikhlas ni adalah rahsia di dalamrahsia Allah

0 comments:

Post a Comment